I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 6 October 2012

Tersembunyi cinta pada tabir usaha


Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s

Wednesday, 3 October 2012

Sesekali di uji=')

Assalammualaikum..in d name of ALLAH..most merciful n most compassionate..


apa khabar everyone?sihat tak..praise to ALLAH if sihat...lame tak update blogg..rinduulaaahh..act,i'm in final mood..but just take a little bit of my  time to update my blog...btw,doakan saya ye untuk final..=)...btw,dalam mood final nie kan kadang-kadang kita di uji..yela kita tak perasan masalah boleh datang dengan tiba-tiba..kita tak minta semuanya berlaku,tapi ALLAH sengaja bagi kita ujian tu...dah lah final plus dengan 'test' daripada ALLAH pula..haaaa...cam mane nk overcome tu...tahu tak,ALLAH rinduu kita sebenarnya..sebab tu DIA bagi kita ujian...yarh,surely kita mampu memikulnya....




*dalam mood final lah macam-macam ujian yg kena saya hadapi..even nampak saya tersenyum.it doesn't mean i'm happy..saya kena kuat untuk hadapi semua ujian ini..kadang-kadang saya rasa saya tak mampu,tapi saya cuba fight.."ALLAH kali nie engkau bagi ujian kepadaku lagi..thankz ALLAH...=')...maybe aku terleka....cuma yang aku harapkan,kuatkan imanku untuk menghadapinya...insyaALLAH boleh..=')"..dugaan itu datang menerpa bagi menguji jauh mananya sabar kita....sha..plez fight for it..u can sha..insyaALLAH..deserve better..sabarlah wahai hati....ada rahmat di sebaliknya..teruskan berdoa..=')..k lah u allzz..saya dah nak tido dah nie..doakan saya ye..take care..salam..