I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 15 November 2012

pergilah terbang jauh=')










Hari ini, langit menangis lagi. Bertapa derasnya turun seolah-olah memahami apa yg 
berlaku.walaupun dah lama berlalu dan redha dengan apa  yg terjadi, tapi dia tetap ingat persahabatan itu. Persahabatan yg ikhlas tanpa ada keraguan, dia menghulurkan persahabatan itu dulu walaupun dia tahu dia tak yakin. Tapi mungkin dia punya kekuatan untuk teruskan. Hari yg berlalu indah sangat bagi dia walaupun kadang-kadang dia terluka. Dia biarkan saja selagi dia boleh bertahan untuk sahabatnya itu, dia tetap akan bertahan. Dia memang selalu akan ambil berat, dia akan selalu risau dan dia  juga akan mengiyakan  apa-apa pun tentang sahabatnya asalkan dia nak  nampak senyuman yg sentiasa terukir di bibir sahabatnya itu. 


   Satu hari, tiada  mendung atau hujan, petir pula datang menyambar. Entah di mana silapnya,  persahabatan yg dibina selama ini hilang macam tu saja. Dia cuba untuk mempertahankan, tapi ianya Cuma dalam hati. Tak mampu di  ucapkan kerana egonya terlalu tinggi. Yarh, ego itu musnahkan segala kegembiraannya  selama ini. Dia menangisi untuk itu, tapi semuanya dah berakhir. Tak guna menyesal bila semuanya dah hilang. Akhirnya dia biarkan semuanya berlalu. Dia hanya mampu mendoakan dan melihat daripada jauh saja.



     Rasanya, masa pantas berlalu. Dia buang kenangan itu jauh-jauh. Pergilah terbang ke mana saja asalkan dia bahagia. Walaupun sahabat itu dah tak ada, tapi  persahabatan itu tetap kekal dalam hatinya. Dia mungkin rindu untuk memanggil nama sahabatnya itu, tapi sayangnya dah tak berkesempatan. kemaafan hanya mampu meleraikan. Dia percaya, apa yg berlaku ALLAH dah tentukan yg terbaik. 


“boleh terjadi jika kamu sukakan sesuatu itu, padahal ia tidak baik bagimu…bahkan apabila kamu tidak suka akan sesuatu itu, padahal ia baik bagimu”..surah al-baqarah

No comments:

Post a Comment