I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 6 November 2012

Percaya CintaNYA =)




Hujan yg turun membasahi bumi seakan memahami apa yg berlaku. Walaupun hanya sekadar hujan, tapi di sebalik itu tersimpan satu cerita yg sukar di gambarkan. Dia cuba mencari kesilapan itu lagi walaupun berkali-kali dia cuba perbaiki. Entah mana  silapnya kali ini, semakin hari semakin resah. Dia kembali bangkit untuk dirinya sendiri, tapi kadang-kadang dia tak mampu. Dia hanya  mampu tersenyum bagi menyembunyikan segala kepahitan dalam dirinya. Kalaulah dia boleh luahkan apa yg terpendam, kalaulah dia boleh mencapai apa yg dia nak macam dulu. But everything is ruinned. Dia masih lagi tertanya-tanya, apakah yg patut dia buat untuk perbaiki semuanya. Dia mencurahkan segala-galanya, tapi satu pun tak berhasil. Kenapa ALLAH ?kenapa ? dia menangisi kegagalan itu lagi, penat sebenarnya. Usaha yg dia pelu lakukan berkali-kali ganda daripada yg lain. Tapi mungkin bagi ALLAH tak mecukupi lagi.  Dia mula rasa putus asa untuk teruskan, dia takut untuk menghadapi hari seterusnya. Sebenarnya dia bukanlah orang macam tu. Hari yg berlalu sepi tanpa ada sinarnya. Dunia ni bagaikan gelap tanpa cahaya mentari yg pernah menyinari hidupnya dulu.

    Di sudut sepi itu, dia  kembali menatapi segala kejayaan yg pernah dia kecapi. Kejayaan yg benar-benar dia tidak pernah sangka. Dia lah harapan keluarga dan cikgu-cikgu di sekolah  selalu meletakkan harapan yg tinggi pada dirinya dulu. Tapi kenapa dia tak boleh buat bila di peringkat menara gading. Kenapa? Susah sangat ke? Dia hilang semuanya, hilang dah.  Argghh. Dia menutupi segala kenangan yg gelap  di belakang. Dia tinggalkan apa yg pernah berlaku. Kalau boleh jangan ulanginya walaupun hanya sedetik.
  
     Dia bangkit semula dengan semangat yg baru walaupun kadang-kadang ada suara yg berbisik bagi melunturkan semangatnya . Tapi cepat-cepat dia tolak tepi. Dia buang apa yg membuatkan dia jatuh. Tak mudah sebenarnya. Mungkin bagi dia untuk beri semangat pada orang lain sangatlah mudah. Bila pada diri sendiri, ya ALLAH macam ada satu burden yg sangat berat untuk kembali semula. Dia perlu belajar memperbaiki kelemahan yg ada. Dia perlu mencari ruang yg luas bagi dia bergerak bebas mencari apa yg hilang. Dan yg paling penting sekali, dia perlu menjaga cintaNYA. Dia harus percaya dengan ketentuan yg ALLAH dah tetapkan untuk dirinya. Tak ape lah. Sabarlah wahai hati. Kekuatan dalaman especially mental bagi menghadapi hari seterusnya sangat penting bagi dia. Mungkin si peneutralisasi pilu sentiasa memberi semangat kepada dirinya dulu, tapi kali ini dia harus berdikari tanpa mengharapkan sesiapa. Terbanglah jauh, rentaslah langit ke mana saja dia pergi. Semoga ALLAH permudahkan  segala-galanya dan berjaya kelak ……………….

No comments:

Post a Comment